24 November 2011


Pada 10 November 2011, Kaunselor Hal Ehwal Awam Scott Rauland telah bercakap kepada 150 pegawai rendah diplomatik dan pentadbiran Malaysia mengenai “Diplomasi di Zaman Media Sosial” di Institut Diplomasi dan Perhubungan Luar Negeri (IDFR), Kuala Lumpur.  Dalam ucapan beliau, Encik Rauland memberi tumpuan kepada penggunaan platform media sosial untuk berkomunikasi dengan penonton hari ini, yang lebih suka akan sesuatu yang interaktif, berbeza dengan media tradisional malah blog dan laman web.  Pembentangan beliau termasuk contoh-contoh bagaimana Kedutaan Amerika Syarikat dan Duta Besar A.S. menggunakan Facebook, Twitter, YouTube dan sembang web.  Persembahan beliau juga memaparkan demonstrasi iPad2 yang diberikan oleh Kedutaan kepada sudut-sudut Lincoln di Malaysia tahun ini. 

No comments:

Post a Comment